Ikan bilis merupakan ahli keluarga (Engraulidae) bagi ikan air masin kecil yang lazim. Ikan ikan genera Stolephorus dan Encrasicholina (bunga air) adalah biasa di Malaysia. Ikan bilis ialah ikan hijau yang kecil dengan pantulan biru berikutan jalur melintang pada badannya. Panjang maksimumnya ialah 23 cm. Muncungnya tumpul dengan gigi yang kecil dan tajam pada kedua-dua rahangnya. Mulutnya lebih besar daripada ikan herring. Makanan utama ikan bilis ialah plankton. Ikan bilis juga dikenali sebagai "ikan teri" di Indonesia.Di Malaysia, Indonesia, dan beberapa tempat di Singapura, ikan bilis digunakan untuk membuat pati ikan, sambal, atau digorang minyak banyak serta dihidangkan dengan nasi lemak. Ikan bilis biasanya digunakan dengan cara yang sama dengan udang kering dalam masakan Malaysia. Ikan bilis juga digunakan dalam penghasilan budu, melalui proses penapaian. Di Vietnam, ikan bilis adalah ramuan utama sos ikan- nước mắm- sos kebangsaan tidak rasmi Vietnam.

Cara Proses Ikan Bilis Kering

Me
Bagang Nelayan

Bagang adalah struktur binaan di tengah laut bertiang empat dan berbentuk empat segi.Bagang adalah peralatan utama nelayan untuk menangkap ikan bilis.

Me
Rebus,Jemur dan Asing

Ikan bilis direbus dan dibilas air bersih untuk membuang segala kotoran.Kemudian ikan bilis akan dijemur sehingga kering.Setelah kering ikan bilis akan diasingkan mengikut gred.

Me
Pemborong

Selepas dibungkus,ikan bilis akan dihantar kepada pemborong,kedai dan pembeli online.

Info Tentang Ikan Bilis

Pelbagai Info Tentang Ikan Bilis,Makanan Dan Resepi yang Berasaskan Ikan Bilis Yang Sedap!

Kenapa Ikan Bilis?

Me
Ikan Yang Kecil

Ikan bilis adalah ikan Yang Kecil tetapi sangat berkhasiat
Me
Omega-3

Ikan bilis mempunyai lemak omega-3 dan protin yang sangat berfaedah kepada kanak-kanak dan orang dewasa
Me
Vitamin E dan D

Ikan bilis juga kaya dengan mineral kalsium,selenium,vitaminE dan D

Hubungi Kami